Suatu Persinggahan
Disenjakala..setiap yang berlaku pada siang hari akan ditinggalkan sebagai memori..ada memori itu indah..ada juga memori itu duka..namun disetiap memori itu tersimpan sejuta rahsia bagi mereka yang senantiasa merenungnya..memori itu juga akan membentuk setiap insan bernama manusia..pada setiap memori itu ada pengajaran yang bermakna...yang membentuk setiap manusia untuk menjadi dia pada hari esok..lusa dan seterusnya......aku hanya berlabuh seketika ketika Tuhan mengarahkan matahari bersembunyi..ketika Tuhan mengarahkan bulan kembali menjadi pelita di malam hari..semoga dengan persinggahan ini aku dapat memuhasabah diri....sama ada berteman atau sendiri..aku akan tetap disini...berlabuh mencari damai dihati..
Tuesday, July 20, 2010
Perasaan
Perasaan itu satu anugerah..Tuhan menciptakan perasaan dan mengurniakan kepada manusia agar manusia membawanya ke dunia..agar perasaan itu dapat dizahirkan..disemai dan dibaja..perasaan itu unik..ia diwarisi dari satu generasi ke satu generasi..seringkali perasaan itu membawa kepada kedamaian..kadangkala juga ia membawa kepada perang dan bencana..perasaan manusia berbeza pada cara ia memastikan perasaan itu subur dalam jiwanya...perasaan itu Pencipta tanamkan pada Adam dan Hawa..sebagai satu azimat dari syurga..untuk ditinggalkan kepada sekalian umat manusia..dalam perasaan itu Tuhan cambahkan pula sayang..benci..suka dendam dan cinta..dengan perasaan manusia hidup rukun...bertamadun..kerana ada perasaan wujud falsafah..wujud madah..wujud syair..puisi dan segala irama jiwa..bagi manzahirkan kecintaan pada Ilahi..manusia..alam dan sebagainya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hanyala satu persepsi....
ReplyDelete