Suatu Persinggahan

Disenjakala..setiap yang berlaku pada siang hari akan ditinggalkan sebagai memori..ada memori itu indah..ada juga memori itu duka..namun disetiap memori itu tersimpan sejuta rahsia bagi mereka yang senantiasa merenungnya..memori itu juga akan membentuk setiap insan bernama manusia..pada setiap memori itu ada pengajaran yang bermakna...yang membentuk setiap manusia untuk menjadi dia pada hari esok..lusa dan seterusnya......aku hanya berlabuh seketika ketika Tuhan mengarahkan matahari bersembunyi..ketika Tuhan mengarahkan bulan kembali menjadi pelita di malam hari..semoga dengan persinggahan ini aku dapat memuhasabah diri....sama ada berteman atau sendiri..aku akan tetap disini...berlabuh mencari damai dihati..

Thursday, July 29, 2010

Jangan Biarkan Ia Hilang

Ya Allah..dengan nama Tuhan yang berkuasa dan perkasa..aku memohon padaMu janganlah Kau hapuskan kasih sayang dari sanubariku..biarlah sekuat mana Kau uji diriku..Kau bawa pergi insan yang sangat aku sayangi..aku tetap bermohon padaMu..agar sanubariku tetap subur dengan kasih sayangku padanya..Sesubur kasih sayangMu padaku..biarlah ia kekal sebagai memori dalam jiwaku..jangan biar kasih sayang ini hilang..terbang..kerana aku mahu jadi insan yang sering menyayangi walaupun tidak disayangi..aku ingin wariskan kasih sayang ini pada generasi selepas ku..supaya mereka tahu..hidup ini indah dengan penuh kasih sayang...bukannya kedukaan..Amin.......

No comments:

Post a Comment